Secret Admirer Zarif
1.
Merah-merah muka Zarif bila terbaca nota kecil yang diterima dari seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tadi. Katanya dari seorang kawan. Zarif tak senang duduk lepas baca nota tersebut. Dia mencari Aisya yang masih belum masuk kelas lagi walaupun dah 5 minit cikgu mula mengajar. Zarif mula tak senang duduk. Tak datang ke perempuan ni, gumam hatinya.
10 minit kemudian, Aisya tiba dalam kelas mencungap-cungap. "Maaf cikgu, saya kena cuci tandas tadi sebab lewat sampai kat pagar" kata Aisya pada gurunya. Tersenyum rakan kelas lain melihat gelagat Aisya. Aisya segera mengambil tempat duduknya di belakang Zarif.
"Apesal kau lambat haa?" tanya Zarif.
"Tayar keta bapak aku pancit.Pastu pengawas pagar tu kerek. Dia suruh nya aku cuci tandas. Hampeh betul" jawab Aisya sambil mengeluarkan buku dan alatulisnya
Sewaktu rehat, Zarif menunjukkan nota kecil tadi pada Aisya. Terbeliak mata Aisya sambil baca nota tersebut " Abang Zarif, saya mula suka abang sebab ketampanan abang, Kalau abang sudi berkawan dengan saya, jumpa saya di library waktu balik nanti" baca Aisya kuat-kuat.
Zarif membuat isyarat perlahankan suara pada Aisya dengan wajah paniknya.
"Aduh kau ni... cuba cover sikit. Malu la aku" merah padam muka putih Zarif waktu itu. Aisya ketawa.
"Haa...pergi la jumpa dia kat library kang...Dapat kawan baru wuuu" kata Aisya.
"Hish...tak mau la aku. Segan. Lagipun..aku bukan jenis camtu" jawab Zarif. Aisya ketawa lagi.
2.
Semenjak dari hari mendapat nota tersebut, Zarif sering mendapat nota-nota cinta dari secret admirer nya. Ramai pula tu. Kadang tu Aisya yang naik rimas bila Zarif selalu mengadu tentang nota-nota cinta tersebut.
"Kau nak aku sound ke budak-budak perempuan ni?" tanya Aisya suatu hari. Lagaknya seperti dia pula kakak kepada Zarif yang cuba menjaga Zarif. Tersengih-sengih Zarif tengok gelagat Aisya yang jarang-jarang marah tapi sekali marah tu macam singa.
"Sya....kau ni tak padan dengan pendek kan, tapi tak reti takut" kata Zarif.
"Ye la...nak takut apa? tak macam kau, tinggi je lebih, anak askar lak tu, tapi semua takut"
"Aku bukan takut...cuma segan"
"huh...segan taik kucing. Kau tengok eh..aku dapat orang yang hantar nota ni lagi, panas telinga dia aku sound kang"Kata Aisya sambil menyingsing lengan baju sekolahnya. Zarif ketawa lagi. Tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan tingkatan dua mendekati mereka.
"Abang Zarif, ini dari kawan kelas kami" katannya sambil menghulurkan sampul berwarna biru muda. Belum sempat Zarif mengambil sampul tersebut, Aisya dulu merampas sampul tu dari pelajar tersebut. Pelajar tersebut pusing untuk meninggalkan mereka, Aisya menahannya.
"Kau tunggu kejap..." kata Aisya sambil membuka sampul tersebut. "Dear abang Zarif, saya minat abang sebab abang kacak. Harap abang sudi berkawan dengan saya.." Aisya bac nota tersebut kuat-kuat. Kemudian Aisya lipat semula nota tersebut dan masukkan ke dalam sampul dan pulang semula pada pelajar perempuan tersebut "nah...cakap kat kawan-kawan kau semua yang suka kat abang Zarif ni, jangan kacau dia lagi. Dia dah ada makwe. Makwe dia boleh makan orang" sambil jegilkan matanya yang sepet itu. Kelam kabut pelajar tersebut tinggalkan mereka dengan mata yang bergenang hampir menangis kerana takutkan Aisya. Zarif ketawa di belakangnya.
"Apesal kau ketawa?" tanya Aisya
"Sebab makwe aku boleh makan orang"
"dah...jangan cakap banyak..jom masuk kelas"
"Hahahaha...kau ke makwe aku tu?"
"jangan perasan! habis lelaki dalam dunia ni baru kau boleh jadi pakwe aku. Pengecut!"
Comments
Post a Comment