Makan Malam Keluarga

 1.

"Sya, malam ni mak aku ajak makan kat rumah kau" kata Zarif sewaktu mereka makan bersama dikantin. Semenjak peristiwa keropok dan tudung senget tempoh hari, Zarif dan Aisya menjadi akrab. Memandangkan Zarif tak punya ramai kawan, dia sentiasa mengekori Aisya ke mana sahaja Aisya pergi. 

"Tau...mak aku dah bagitau dah pagi tadi. dia suruh ingatkan kau. Kau jangan tak datang lak"

"Kau masak apa malam ni?"

"Gilaa kau aku masak? Mak aku la masak. Aku reti melantak je. Hahahaha" Mereka ketawa bersama. Melihat keakraban mereka berdua, menimbulkan rasa cemburu pada pejalar - pelajar perempuan lain yang cuba mendekati Zarif. 

2.

Malam itu seperti yang dijanjikan, keluarga Zarif datang makan malam di rumah keluarga Aisya. Keluarga mereka nampak mesra kena kedua ibu mereka berkawan rapat sewaktu di universiti dulu. Banyak cerita yang mereka bualkan. Sesudah makan malam Aisya ajak Zarif berbual di halaman rumah.

"Weih, kau pandai main gitar?" tanya Aisya.

"Pandai.." jawab Zarif.

"Haaa...jap.." Aisya terus naik ke atas rumah ambil gitar Pak Usu nya dan beri pada Zarif.

"Nah...main. Aku suka nyanyi. Kau main gitar. Dulu pak usu aku main gitar, aku nyanyi. Ni dia dah pindah U.K, takde orang mainkan gitar untuk aku dah"

Setelah sepakat memilih lagu,  Zarif mula memetik gitar. Sewaktu Aisya mulakan nyanyian, Zarif terkejut beruk dengar suara Aisya. Terus dia berhentikan petikan gitarnya.

"Weih...apesal suara kau...?" Zarif tak habiskan pertanyaannya. Aisya ketawa berdekah-dekah.

"Aku kan cakap...aku suka nyanyi je..aku tak cakap pon aku pandai nyanyi" jawab Aisya sambil ketawa. Dia tau Zarif terkejut degar suaranya yang sengaja disumbangkan itu. Zarif tepuk dahi sambil ikut ketawa.


Comments

Popular posts from this blog

Sekolah baru

Secret Admirer Zarif