Sekolah baru

1.

Minggu yang sangat sibuk. Puan Aina menguruskan pertukaran sekolah anaknya Aisya, ke sebuah sekolah pinggir bandar setelah suaminya, Encik Hamdi ditukarkan ke ibupejabat di Kuala Lumpur. Ini seperti sirih pulang ke ganggang bagi keluarga mereka kerana kedua-dua Puan Aina dan Encik Hamdi adalah berasal daripada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa tinggal di Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu kerana Encik Hamdi bertugas di sana. Bila dinaikkan pangkat dan dapat peluang bekerja di Kuala Lumpur, ini memang sesuatu yang amat dinantikan oleh keluarga mereka.

Aisya anak sulung mereka akan bersekolah di sebuah sekolah tak jauh dari rumah mereka di tingkatan empat manakala dua lagi adik lelaki Aisya, si kembar Ahmad dan Muhammad akan bersekolah rendah tak jauh dari sekolah Aisya. Kesemua mereka teruja hendak memulakan persekolahan ditempat baru.

"Ini borang pertukaran sekolah anak saya dari Pejabat Pendidikan" hulur Puan Aina kepada kerani yang bertugas. Dalam masa yang sama seorang wanita hampir sebaya Puan Aina tiba di pejabat sekolah bersama anak lelakinya. Terkejut Puan Aina melihat wanita tersebut. Keduanya hampir menjerit. Rupanya itu merupakan sahabat baiknya sewaktu di universiti dahulu.

"Ehhh... Sarah??? Buat apa sini?" teruja Puan Aina melihat sahabatnya itu.
"Ya Allah Aina. Jumpa kita kat sini. Aku tukarkan anak aku si Zarif ni haaa.."
"Yea...aku pon sama. Tingkatan empat"
"Eh...samaaaa"

Keterujaan kedua ibu tersebut bertambah apabila pejabat memaklumkan yang anak mereka sekelas. Aisya dan Zarif cuma terdiam melihat keletah kedua ibu mereka. Zarif juga baru ditukarkan dari Sarawak mengikut bapanya seorang tentera yang dipindahkan ke Kuala Lumpur.


2.
Minggu pertama di sekolah baru, Aisya senang menyesuaikan diri dan cepat mendapat kawan baru. Tidak seperti Zarif yang sedikit introvert, menyebabkan Zarif susah untuk mendapatkan kawan baru. Dengan Aisya pun Zarif tidak bergaul. Zarif selalu terlihat bersendirian. Namun begitu, kerana memiliki raut wajah yang tampan, ramai pelajar perempuan cuba untuk berkenalan dengan Zarif tetapi tidak dilayan.

Melihatkan Zarif selalu bersendirian, suatu hari, Aisya pergi menegurnya di waktu rehat, sambil menghulurkan keropok lekor yang dibeli di kantin sekolah. Mula-mula Zarif segan untuk mengambilnya.

"Ambil laa..ni memang aku beli untuk kau, yang lagi satu ni aku punya" Perlahan Zarif ambil plastik keropok dari tangan Aisya.
"Tudung kau senget" kat Zarif. Kelam kabut Aisya betulkan tudungnya.
"Hish...ni budakk jantan tadi tu la tarik tudung aku. Dia nak rebut keropok yang aku belikan kau ni ha" ngomel Aisya. Sambil hulurkan plastik keropoknya minta Zarif pegang. Kemudian dia betulkan tudungnya yang senget benget tu.
" Haaa...ok tak?" tanya Aisya sambil tersengih seperti kerang busuk depan Zarif. 
"Ok. Comel dah..."
"Tau aku comel" jawab Aisya selamba sambil makan keropok.
"Hish kau ni... kau ni memang tak reti malu ke? Dahla  Semua kau tegur. Kita ni student baru tau" 
"Eh..nak malu apa kau ni? Bukannya aku takde hidung. Cuma hidung aku ni penyek sikit je dari kau. Lagipon sebab kita ni student baru la kita kena tegur semua orang. Baru orang kenal kita"  Bebel Aisya panjang lebar. Zarif tertawa melihat keletah Aisya. Dia dah mula menyenangi sikap Aisya dan dia yakin mereka boleh jadi kawan baik.








Comments

Popular posts from this blog

Makan Malam Keluarga

Secret Admirer Zarif