Posts

Secret Admirer Zarif

 1. Merah-merah muka Zarif bila terbaca nota kecil yang diterima dari seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tadi. Katanya dari seorang kawan. Zarif tak senang duduk lepas baca nota tersebut. Dia mencari Aisya yang masih belum masuk kelas lagi walaupun dah 5 minit cikgu mula mengajar. Zarif mula tak senang duduk. Tak datang ke perempuan ni, gumam hatinya. 10 minit kemudian, Aisya tiba dalam kelas mencungap-cungap. "Maaf cikgu, saya kena cuci tandas tadi sebab lewat sampai kat pagar" kata Aisya pada gurunya. Tersenyum rakan kelas lain melihat gelagat Aisya. Aisya segera mengambil tempat duduknya di belakang Zarif. "Apesal kau lambat haa?" tanya Zarif. "Tayar keta bapak aku pancit.Pastu pengawas pagar tu kerek. Dia suruh nya aku cuci tandas. Hampeh betul" jawab Aisya sambil mengeluarkan buku dan alatulisnya Sewaktu rehat, Zarif menunjukkan nota kecil tadi pada Aisya. Terbeliak mata Aisya sambil baca nota tersebut " Abang Zarif, saya mula suka abang se...

Makan Malam Keluarga

 1. "Sya, malam ni mak aku ajak makan kat rumah kau" kata Zarif sewaktu mereka makan bersama dikantin. Semenjak peristiwa keropok dan tudung senget tempoh hari, Zarif dan Aisya menjadi akrab. Memandangkan Zarif tak punya ramai kawan, dia sentiasa mengekori Aisya ke mana sahaja Aisya pergi.  "Tau...mak aku dah bagitau dah pagi tadi. dia suruh ingatkan kau. Kau jangan tak datang lak" "Kau masak apa malam ni?" "Gilaa kau aku masak? Mak aku la masak. Aku reti melantak je. Hahahaha" Mereka ketawa bersama. Melihat keakraban mereka berdua, menimbulkan rasa cemburu pada pejalar - pelajar perempuan lain yang cuba mendekati Zarif.  2. Malam itu seperti yang dijanjikan, keluarga Zarif datang makan malam di rumah keluarga Aisya. Keluarga mereka nampak mesra kena kedua ibu mereka berkawan rapat sewaktu di universiti dulu. Banyak cerita yang mereka bualkan. Sesudah makan malam Aisya ajak Zarif berbual di halaman rumah. "Weih, kau pandai main gitar?" ...

Sekolah baru

1. Minggu yang sangat sibuk. Puan Aina menguruskan pertukaran sekolah anaknya Aisya, ke sebuah sekolah pinggir bandar setelah suaminya, Encik Hamdi ditukarkan ke ibupejabat di Kuala Lumpur. Ini seperti sirih pulang ke ganggang bagi keluarga mereka kerana kedua-dua Puan Aina dan Encik Hamdi adalah berasal daripada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa tinggal di Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu kerana Encik Hamdi bertugas di sana. Bila dinaikkan pangkat dan dapat peluang bekerja di Kuala Lumpur, ini memang sesuatu yang amat dinantikan oleh keluarga mereka. Aisya anak sulung mereka akan bersekolah di sebuah sekolah tak jauh dari rumah mereka di tingkatan empat manakala dua lagi adik lelaki Aisya, si kembar Ahmad dan Muhammad akan bersekolah rendah tak jauh dari sekolah Aisya. Kesemua mereka teruja hendak memulakan persekolahan ditempat baru. "Ini borang pertukaran sekolah anak saya dari Pejabat Pendidikan" hulur Puan Aina kepada kerani yang bertugas. Dalam masa yang sama seorang wanita...